Wednesday, September 21, 2011

Khamis - 22 September 2011

10.45 pagi
Cara Mudah Hindar Penyakit - Tidur Dalam Gelap


Jika selama ini anda selalu tidur dalam cahaya lampu, ada baiknya anda melakukan perubahan. Kurang tidur atau berterusan terdedah kepada sinar lampu di malam hari akan menyebabkan penghasilan melatonin menurun.

Hormon ini berfungsi mencegah beberapa penyakit tertentu. Ia juga meningkatkan anda pada risiko kanser payu dara kerana melatonin hanya akan dihasilkan oleh tubuh ketika keadaan gelap.




1.45 tengah hari
Cegah Kanser Dengan Tauhu




Tauhu merupakan kacang soya yang sangat berguna untuk kesihatan kerana mengandungi khasiat yg cukup tinggi. Isoflavon yg terdapat dalam tauhu merupakan kimia semulajadi yg banyak terdapat dalam makanan ini. Ia mampu melawan kanser kerana adanya fitoestrogen. Wanita Jepun dikatakan berisiko rendah untuk mendapat kanser payudara dan mempunyai kadar isoflavin yg tinggi kerana banyak mengambil produk kacang soya. Hasil daripada kajian selama 20 tahun di Amerika telah membuktikan bahawa lelaki yg gemarkan susu kacang soya dapat mengurangkan risiko pengembangan kanser prostat sebanyak 70% berbanding mereka yg tidak menggemarinya.

0 comments:

Post a Comment