Tuesday, August 9, 2011

Jumaat - 12 Ogos 2011

10.45 pagi
Cara Mudah Hindar Penyakit
Tidur Dalam Gelap

Jika selama ini anda selalu tidur dalam cahaya lampu, ada baiknya anda melakukan perubahan. Kurang tidur atau berterusan terdedah kepada sinar lampu di malam hari akan menyebabkan penghasilan melatonin menurun.

Hormon ini berfungsi mencegah beberapa penyakit tertentu. Ia juga meningkatkan anda pada risiko kanser payu dara kerana melatonin hanya akan dihasilkan oleh tubuh ketika keadaan gelap.



1.45 tengah hari
Makanan Anti Kedutan

Ramai wanita mengeluh apabila melihat wajah mula timbul kedutan yg menandakan proses penuaan. Pemakanan yg tepat mampu memastikan kulit wajah tegang dan awet muda;
  • ikan salmon - mempunyai banyak antioksida kerana kaya dengan asid omega 3 dan astaxanthin dan sumber dimethylamonoethanol iaitu sejenis protein semula jadi yg dapat menegangkan otot wajah.
  • makanan berwarna hijau - mengandungi banyak klorofil yg dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk menangkis radikal bebas penyebab kedutan. Banyak terdapat pada sayuran berdaun hijau seperti kangkung dan bayam.
  • serat - terutama yg larut membantu mengatur metabolisme di dalam pencernaan dan menstabilkan tahap glukosa dalam darah. Manakala serat tidak larut pula akan mencegah kegemukan kerana membantu anda merasa kenyang lebih lama.
  • blueberry - mengandungi phytochemical yg membantu mencegah kematian sel dan menyokong pengeluaran hormon dopamin yg membantu mengurangkan stres. Hasilnya kawalan otot menjadi lebih baik, tekanan darah makin berkurang dan penampilan lebih muda.

0 comments:

Post a Comment