Wednesday, October 5, 2011

Khamis - 6 Oktober 2011

10. 45 pagi
Tips Memilih Sabun Yg Tepat


  1. Kenali jenis kulit anda - Jika kulit anda sensitif, pilih sabun yg lembut atau diperbuat dpd bahan organik spt lidah buaya, vitamin E, Shea Butter atau minyak zaitun. Bagi kulit yg berminyak, pilih sabun glycerin atau non-comedogenic.
  2. Perhatikan bahan2 yg sesuai dengan kulit - Contohnya bahan yg boleh membuat kulit kering spt sodium laureth atau sodium cocoate. Jika anda alah pada wangian, sabun buku lebih sesuai daripada sabun cecair kerana bebas daripada pewangi.
  3. Aroma wangi - Pilih sabun beraroma buah2an untuk menambahkan semangat pada pagi hari. Aroma lavender dan bunga2 lainnya utk mendapatkan kesan tenang pada malam hari.


1.45 tengah hari
Persoalan tentang Cantik
  • Pencela (concealer) tidak dpt menutup segala cela di wajah, kecuali anda memakai pencela yg warnanya 2 tingkat lebih muda daripada warna kulit anda.
  • Bedak berwarna merah jambu akan membuatkan kulit kelihatan pucat. Bedak berwarna kuning adalah yg paling baik untuk semua kulit kerana boleh mencerahkan kulit.
  • Pemerah pipi berfungsi menambahkan warna sihat pada wajah, bukan untuk membentuk garis tajam. Untuk penampilan sempurna, senyum dulu sebelum menyapukan pemerah pipi dan membentuk bulatan di pipi. Kemudian, tarik ke belakang hingga mendekati rambut & bergerak menurun hingga rata.
[ ... ]

Monday, September 26, 2011

Jumaat - 30 September 2011

10.45 pagi


Mandi susu
dapat mempertahankan kulit agar tetap putih berseri, lembut dan kenyal. Tidak hanya itu, ia juga mengurangkan warna kulit yg kehitaman atau gelap akibat proses penuaan.




1.45 tengah hariCampuran oat dan air yg membentuk pes boleh disapukan pada kulit dan dibiarkan selama 15 minit untuk mengurangkan bahang merah akibat pancaran matahari.
[ ... ]

Khamis - 29 September 2011

10.45 pagi
Terapi Sihat Ala Selebriti Hollywood

  • Demi Moore mengatakan dia berasa lebih sihat setelah melakukan terapi lintah. Caranya, dia hanya perlu berbaring dan melihat lintah menghisap darah sehingga kenyang dan jatuh dengan sendiri.
  • Supermodel terkenal, Christy Turlington mempercayai kepada sistem penyembuhan kuno dari India, Ayurveda yg dapat menambahkan nilai ilmu pengetahuan dalam kehidupannya, sehinggakan dia sanggup membeli produk2 itu sendiri.


1.45 tengah hari
Terapi Sihat Ala Selebriti Hollywood
  • Bintang "Lost In Translation", Scarlett Johansson mengaku memiliki terapi yg boleh membantu mengatasi masalah murungnya. Setiap kali merasa murung, dia akan memakai gincu merah sepanjang hari dan itu akan memberikan ketenangan untuknya.
  • Uma Thurman sanggup memakai kalung carnelian, gabungan kristal & batu permata yg dapat meningkatkan semangat diri dan memberi kebahagiaan kepadanya.
[ ... ]

Rabu - 28 September 2011

10.45 pagi
Kulit Gebu & Licin

Terdapat pelbagai petua untuk mendapatkan kulit wajah yg gebu dan licin. Salah Satu cara dengan menggunakan susu segar. Ambil segelas susu segar dan sapukan pada keseluruhan wajah. Gosok sehingga rata dan biarkan sehingga kering.Cuci wajah anda dengan menggunakan air suam. Amalkan 2 kali seminggu.



1.45 tengah hari
Rawat Tumit Pecah


Masalah tumit pecah sering menjadi igauan ngeri sesiapa sahaja. Untuk merawatnya, ramas asam jawa di dalam sebaldi air dan biarkan seketika. Kemudian, rendamkan kaki anda selama beberapa minit. Lakukan 3 kali seminggu. Insya Allah, masalah tumit pecah akan beransur pulih.
[ ... ]

Wednesday, September 21, 2011

Jumaat - 23 September 2011

10.45 pagi
Duduk Cara Betul Elak Sakit Pinggang



Duduk di kerusi dan menyiapkan kerja2 pejabat memang memenatkan. Apa lagi perlu menaip dan menghadap skrin komputer sepanjang hari. Pinggang dan belakang mula berasa letih dan sakit. Tahukah anda keletihan dan kesakitan yg anda alami itu mungkin disebabkan oleh cara duduk anda yg salah? Cara duduk yg betul ialah;
  1. Betulkan kedudukan kerusi. Pastikan tangan anda berada pada kedudukan horizontal dengan key board. Mata dan skrin komputer mestilah berada pada satu aras dan kaki diletakkan rata di lantai.
  2. Pastikan cukup ruang di bawah meja untuk kaki anda bergerak bebas.
  3. Luruskan tangan dan kedudukan siku jangan terlalu dekat dengan keyboard. Menaiplah dengan lembut jangan terlalu keras dan membiarkan jari2 anda sakit serta lenguh.
  4. Pastikan tidak ada pembalikan cahaya pada skrin komputer kerana ia akan memberi kesan kepada mata dan seterusnya boleh membuat anda sakit kepala.
  5. Pastikan jarak antara skrin tidak terlalu dekat. Bukan saja mata anda akan sakittapi juga bahagian belakang kerana kedudukan tidak selesa.


1.45 tengah hari
Rambut Lebat dan Panjang

Selain digunakan dalam masakan, serai juga boleh digunakan untuk melebatkan rambut. Caranya, ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Kemudian, rebus serai dalam sedikit air sehingga mendidih. Setelah sejuk, sapukan air serai pada rambut dan ramas pada bahagiankulit kepala. Biarkan selama 2 jam dancuci seperti biasa. Amalkan seminggu sekali.
[ ... ]

Khamis - 22 September 2011

10.45 pagi
Cara Mudah Hindar Penyakit - Tidur Dalam Gelap


Jika selama ini anda selalu tidur dalam cahaya lampu, ada baiknya anda melakukan perubahan. Kurang tidur atau berterusan terdedah kepada sinar lampu di malam hari akan menyebabkan penghasilan melatonin menurun.

Hormon ini berfungsi mencegah beberapa penyakit tertentu. Ia juga meningkatkan anda pada risiko kanser payu dara kerana melatonin hanya akan dihasilkan oleh tubuh ketika keadaan gelap.




1.45 tengah hari
Cegah Kanser Dengan Tauhu




Tauhu merupakan kacang soya yang sangat berguna untuk kesihatan kerana mengandungi khasiat yg cukup tinggi. Isoflavon yg terdapat dalam tauhu merupakan kimia semulajadi yg banyak terdapat dalam makanan ini. Ia mampu melawan kanser kerana adanya fitoestrogen. Wanita Jepun dikatakan berisiko rendah untuk mendapat kanser payudara dan mempunyai kadar isoflavin yg tinggi kerana banyak mengambil produk kacang soya. Hasil daripada kajian selama 20 tahun di Amerika telah membuktikan bahawa lelaki yg gemarkan susu kacang soya dapat mengurangkan risiko pengembangan kanser prostat sebanyak 70% berbanding mereka yg tidak menggemarinya.
[ ... ]

Tuesday, August 9, 2011

Jumaat - 12 Ogos 2011

10.45 pagi
Cara Mudah Hindar Penyakit
Tidur Dalam Gelap

Jika selama ini anda selalu tidur dalam cahaya lampu, ada baiknya anda melakukan perubahan. Kurang tidur atau berterusan terdedah kepada sinar lampu di malam hari akan menyebabkan penghasilan melatonin menurun.

Hormon ini berfungsi mencegah beberapa penyakit tertentu. Ia juga meningkatkan anda pada risiko kanser payu dara kerana melatonin hanya akan dihasilkan oleh tubuh ketika keadaan gelap.



1.45 tengah hari
Makanan Anti Kedutan

Ramai wanita mengeluh apabila melihat wajah mula timbul kedutan yg menandakan proses penuaan. Pemakanan yg tepat mampu memastikan kulit wajah tegang dan awet muda;
  • ikan salmon - mempunyai banyak antioksida kerana kaya dengan asid omega 3 dan astaxanthin dan sumber dimethylamonoethanol iaitu sejenis protein semula jadi yg dapat menegangkan otot wajah.
  • makanan berwarna hijau - mengandungi banyak klorofil yg dapat meningkatkan kemampuan tubuh untuk menangkis radikal bebas penyebab kedutan. Banyak terdapat pada sayuran berdaun hijau seperti kangkung dan bayam.
  • serat - terutama yg larut membantu mengatur metabolisme di dalam pencernaan dan menstabilkan tahap glukosa dalam darah. Manakala serat tidak larut pula akan mencegah kegemukan kerana membantu anda merasa kenyang lebih lama.
  • blueberry - mengandungi phytochemical yg membantu mencegah kematian sel dan menyokong pengeluaran hormon dopamin yg membantu mengurangkan stres. Hasilnya kawalan otot menjadi lebih baik, tekanan darah makin berkurang dan penampilan lebih muda.
[ ... ]