Wednesday, September 21, 2011

Jumaat - 23 September 2011

10.45 pagi
Duduk Cara Betul Elak Sakit Pinggang



Duduk di kerusi dan menyiapkan kerja2 pejabat memang memenatkan. Apa lagi perlu menaip dan menghadap skrin komputer sepanjang hari. Pinggang dan belakang mula berasa letih dan sakit. Tahukah anda keletihan dan kesakitan yg anda alami itu mungkin disebabkan oleh cara duduk anda yg salah? Cara duduk yg betul ialah;
  1. Betulkan kedudukan kerusi. Pastikan tangan anda berada pada kedudukan horizontal dengan key board. Mata dan skrin komputer mestilah berada pada satu aras dan kaki diletakkan rata di lantai.
  2. Pastikan cukup ruang di bawah meja untuk kaki anda bergerak bebas.
  3. Luruskan tangan dan kedudukan siku jangan terlalu dekat dengan keyboard. Menaiplah dengan lembut jangan terlalu keras dan membiarkan jari2 anda sakit serta lenguh.
  4. Pastikan tidak ada pembalikan cahaya pada skrin komputer kerana ia akan memberi kesan kepada mata dan seterusnya boleh membuat anda sakit kepala.
  5. Pastikan jarak antara skrin tidak terlalu dekat. Bukan saja mata anda akan sakittapi juga bahagian belakang kerana kedudukan tidak selesa.


1.45 tengah hari
Rambut Lebat dan Panjang

Selain digunakan dalam masakan, serai juga boleh digunakan untuk melebatkan rambut. Caranya, ambil beberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Kemudian, rebus serai dalam sedikit air sehingga mendidih. Setelah sejuk, sapukan air serai pada rambut dan ramas pada bahagiankulit kepala. Biarkan selama 2 jam dancuci seperti biasa. Amalkan seminggu sekali.

0 comments:

Post a Comment