Tuesday, July 19, 2011

Jumaat - 22 Julai 2011

10.45 pagi
Kesan Pengambilan Gula Secara Berlebihan

Pengambilan gula yg berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yg berlebihan dan jika berpanjangan, boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi serius jika diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yg dilakukan.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS III) 2006 mendapati 29.1% orang dewasa Malaysia berlebihan berat badan manakala 14% obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II, 1996 iaitu masing2 16% (berlebihan berat badan) dan 4% (obes).

Prevalens pesakit diabetes dalam kalangan penduduk yg berumur lebih daripada 30 tahun juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).

Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan karies gigi. Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak2 berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9% dlm kalangan kanak2 yg berumur 6 tahun (1997).


1.45 tengah hari
Tips Mengurangkan Gula
  • Minumlah air kosong berbanding minuman manis seperti air berkarbonat atau air sirap dan kordial
  • Pilih atau sediakan kuih dan kek yg rendah kandungan gula
  • Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yg lebih sihat seperti buah2an
  • Kurangkan kekerapan megambil makanan yg bergula
  • Elakkan mengambil makanan dan minuman bergula antara waktu makan utama dan sebelum tidur
  • Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Jika gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut
  • Hadkan pengambilan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis kepada 1 sudu teh sahaja untuk setiap cawan minuman
  • Minta untuk kurangkan gula atau susu pekat manis atau susu isian pekat manis semasa memesan minuman di kedai
  • Periksa kandungan gula dalam label minuman

0 comments:

Post a Comment