Wednesday, July 20, 2011

Rabu - 27 Julai 2011

10.45 pagi
Tabiat Buruk Yg Perlu Dikikis - Selalu Makan Lewat Malam
Jika anda gemar makan lewat malam terutama ketika mahu masuk tidur, mulai sekarang ubahlah tabiat anda ini. Ini bagi memastikan kesihatan anda dapat dijaga dengan baik. Jika anda gemar makan lewat malam, makanan tersebut sukar dicerna dan menyebabkan tenaganya tersimpan dan akhirnya bertukar menjadi lemak. Inilah yg menyebabkan berat badan anda kian meningkat biarpun anda jarang mengambil makanan ketika siang hari.



1.45 tengah hari
Tabiat Buruk yang Perlu Dikikis - Mengabaikan Pengambilan Sarapan


Kesibukan tugas dan terlalu komited dengan urusan kerja menyebabkan sesetengah orang mengabaikan pengambilan sarapan pagi. Tidak kurang juga ada yg sanggup berlapar demi penyiapkan kerja. Pengambilan sarapan pagi amat penting kerana ia membekalkan tenaga dan zat2 penting. Dengan bersarapan hari anda penuh dengan semangat dan ceria sepanjang hari.

0 comments:

Post a Comment