Tuesday, July 19, 2011

Khamis - 21 Julai 2011

10.45 pagi
Fakta Gula
Gula adalah karbohidrat ringkas yg membekalkan sumber tenaga segera yg mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yg mengandungi karbohidrat seperti nasi, mee, roti, pasta dan ubi-ubian.

Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa pemprosesan yg dikenali sebagai gula tambahan atau bebas gula. Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yg disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari.



1.45 tengah hari
Fakta Gula

Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan dikalangan Orang Dewasa Malaysia 2002 / 2003, pengambilan gula yg ditambah dalam minuman dikalangan orang dewasa adalah sebanyak 7 sudu teh sehari, iaitu 4 sudu teh gula pasir dan 3 sudu teh susu pekat manis.

Berdasarkan jumlah penduduk seramai 28.31 juta pada tahun 2009 dan pengedaran gula domestik sebanyak sebanyak 806,381.88 metrik tan, pengambilan gula per kapita sehari pada tahun 2009 adalah 78 gram atau 16 sudu teh sehari atau 16% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa.

Jika dicampurkan gula domestik dan gula industri iaitu 1,281,183.04 metrik tan pada tahun 2009, pengambilan gula per kapita sehari adalah 124 gram atau 25 suhu teh sehari atau 25% daripada keperluan tenaga sehari bagi orang dewasa.

0 comments:

Post a Comment