Thursday, July 8, 2010

Khamis - 15 Julai 2010

10.45 pagi
Meminimumkan Kesan Parut
  • Jaga kesihatan kerana tahap kesihatan mempengaruhi kepantasan tubuh menyembuhkan luka. Sebolehnya, dapatkan rehat yg secukupnya.
  • Hindari cahaya matahari. Luka yg terdedah di bawah cahaya matahari akan meningkatkan risiko terjadinya kesan parut pada kulit.
  • Tutup luka. Menutup bahagian yg cedera dengan plaster dapat membantu luka sembuh lebih cepat.
  • Jangan merokok. Kebiasaan merokok akan mengurangkan aliran darah ke sistem saraf perifer tubuh sehingga mengurangkan oksigen dan nutrisi yg diperlukan untuk penyembuhan luka.


1.45 tengah hari
Cegah Batuk Kering
Jika ada di antara ahli keluarga anda yg mengalami batuk kering berpanjangan sehingga 2 minggu atau lebih, batuk berdarah, demam dan berpeluh pada waktu petang atau malam, segeralah membawa mereka berjumpa doktor.

Kemungkinan mereka diajngkiti batuk kering yg disebabkan jangkitan kuman tubercle bacilli. Terdapat seramai 100 juta penduduk di seluruh dunia dijangkiti batuk kering di mana 8 juta daripada mereka mempunyai jangkitan yg aktif.

Sekiranya tidak berkesan, ia boleh merebak ke otak, tulang, kelenjar limfa, buah pinggang dan kulit. Justeru itu, ahli keluarga atau orang terdekat pesakit dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

0 comments:

Post a Comment