Monday, April 26, 2010

Khamis - 29 April 2010

Khasiat Pisang
10.45 pagiPisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.



1.45 tengah hari

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser keranan ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua2 fizikal dan emosi kepada ibu2 mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Penyakit Seasonal Affective Disorder (SAD) merupakan simptom yang terjadi akibat kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi trytophan semulajadi yang membaik pulih mood kita.

1 comments:

DJ Mimie said...

Diulang siar pada hari Khamis 10 Mac 2011.

Post a Comment