Monday, April 26, 2010

Jumaat - 30 April 2010

Khasiat Pisang
10.45 pagiPisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang dapat membantu tubuh kita dalam membaik pulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisme kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Mengikut kajian dalam buku The New England Journal of Medicine, memakan pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%.


1.45 tengah hari

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit termasuk jerawat, kudis, parut, kurap dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa ataupun plaster bedah.

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Rmaai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Untuk anda yang ingin mengilatkan kasut, ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering.

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk!

1 comments:

DJ Mimie said...

Diulang siar pada hari Jumaat, 11 Mac 2011.

Post a Comment