Monday, January 18, 2010

Rabu - 3 Februari 2010

Beras Pulut Cerahkan Kulit
10.45 pagi

Dikatakan kulit yang kusam mempengaruhi keyakinan kita untuk berhadapan dengan orang ramai. Untuk mengatasinya, hanya gunakan beras pulut. Mula2, rendam beras pulut hingga lembut, tumbuk beras tadi hingga lumat. Sebelum mandi, lulur seluruh tubuh dengan beras yang ditumbuk. Setelah sapuan tadi hampir kering, sental kulit anda secara perlahan2. Selepas itu, mandi dan lihatlah hasilnya. Kulit tubuh anda berseri2 dan akan menjadi lebih cerah. Lakukan 2 kali dalam masa seminggu.



Atasi Masalah Senggugut
1.45 tengahari
Masalah senggugut kerap kali dihadapi oleh wanita yang datang bulan. Teruk atau tidak adalah bergantung kepada individu itu. Senggugut juga secara tidak langsung turut mempengaruhi emosi wanita setiap kali datang bulan. Apa kata anda cuba petua ini untuk mengatasi maslaah senggugut anda. Campurkan serbuk lada hitam dengan halia yang telah ditumbuk. Pastikan kuantiti kandungan kedua2nya adalah sama. Bagi memudahkan cara, letakkan ramuan tadi di dalam kampsul kosong agar mudah dimakan. Untuk lebih berkesan, ambil 2 biji kapsul setiap kali makan.

0 comments:

Post a Comment