10.45 pagi
Anda yang mengikuti tips sihat untuk hidup lebih ceria bermula pada hari Rabu yang lalu pasti tertunggu2 4 lagi tips yang akan dikongsikan pada pagi ini, iaitu;- Kemas dan bersihkan kabinet yang menyimpan ubat2an di rumah. Buanglah ubat yang sudah melepasi tarikh luput dan gantikannya dengan yang baru.
- Jangan lupa untuk membersih dan mengemaskan peti ais anda. Makanan yang telah disimpan terlalu lama eloklah dibuang.
- Untuk mewujudkan suasana segar di rumah, jangan lupa biarkan tingkap dibuka bagi membolehkan udara dari luar masuk ke dalam rumah.
- Jangan lupa bersihkan dapur anda selepas menggunakannya bagi mengelakkan kehadiran kuman dan serangga lain seperti lipas.
Kayu Manis Catikkan Kulit Wajah
1.45 tengahari
Memiliki kulit wajah yang cantik merupakan dambaan setiap wanita. Untuk mengecapi impian ini, apa kata cuba petua berikut. Ambil sebatang kulit kayu manis, gosok atau geselkan ke atas belakang pasu bunga atau lebih mudah menggunakan belakang lesung batu dengan sedikit air. Seterusnya, ambil gosokan kulit kayu manis dan sapukan ke muka anda. Biarkan seketika sekurang2nya 30 minit sebelum dicuci.Kulit kayu manis bukan sahaja dapat menghilangkan jerawat tetapi juga parut lain. Untuk mendapatkan hasil yang lebih ketara, lakukan sekerap mungkin. Insya Allah, wajah anda akan cantik.
0 comments:
Post a Comment