Sebelum Dan Sesudah Bersenam
10.45 pagi
Perkara penting sebelum dan selepas bersenam yang wajib dilakukan adalah latihan regangan. Ia amat penting bagi memastikan otot dapat bergerak dengan sempurna dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Namun ada beberap perkara yang amat perlu diperhatikan ketika melakukan latihan ini. Semak dan praktikkan sebelum dan sesudah anda bersenam.
Jangan melompat - Peningkatan intensiti gerakan regangan akan menyebabkan otot berkontraksi dan bukannya meregang. Akibatnya timbul koyakkan kecil pada otot.
Jangan lakukan rengangan hingga terasa sakit - Anda memang akan mengalami sedikit rasa tidak selesa pada bahagian tubuh yang tegang tapi bukan rasa sakit. Sekiranya berasa sakit bererti cara senaman regangan anda salah. Hentikan segera.
Jangan lupa pernafasan - Bekalan oksigen diperlukan bagi otot untuk memberi tindak balas terhadap gerakan regangan. Ketika tubuh anda berada dalam posisi regangan, tarik nafas dan bila bergerak hembuskan nafas. Bernafas dengan perlahan dan juga teratur.
Jika tubuh dibasahi peluh - Sekiranya anda terlalu banyak berpeluh selepas senaman, mandilah terlebih dahulu sebelum melakukan regangan. Air panas adalah yang paling elok digunakan untuk mandi kerana ia akan membantu merehatkan otot dan mencegah anda menggigil kesejukan.
Cuka Getah Hilangkan Kematu
1.45 tengahari
Bagi yang mempunyai masalah kematu, bersihkan kaki dan bahagian yang terdapat kematu. Gunting pada kulit kematu. Sapukan cuka getah pada bahagian tersebut dan biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.
Tuesday, February 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment