Wednesday, January 6, 2010

Rabu - 20 Januari 2010

Pergilah Berurut
10.45 pagi

Berasa letih setelah seharian penat bekerja? Apa kata manjakan diri anda dengan pergi berurut. Ia bukan sahaja mampu merehatkan badan yang letih dan membuang rasa lenguh, tetapi urutan yang dibuat dengan baik juga mampu merangsang peredaran darah dalam badan. Dengan cara itu, ia secara tidak langsung membantu menghindari lemak daripada berkumpul.



Warna Naikkan Mood
1.45 tengahari
Saat hari Isnin menjelma, mudah sahaja mood terganggu. Lazimnya keadaan ini dipanggil Monday Blues. Bagaimanakah caranya untuk menghindari keadaan ini saban minggu? Mudah sahaja. Mainan warna2 yang ceria mampu memberi kesan pada mood seseorang. Justeru, setiap kali menjelang hari Isnin, lupakan sut berwarna hitam ataupun warna gelap yang lain dan tukarkannya dengan warna2 terang serta ceria yang boleh menaikkan mood anda seperti jingga, kuning, putih, hijau dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment