10.45 pagi

- Semasa Di Tempat Kerja- Jika menggunakan lif, keluarlah di dua tingkat lebih bawah dan seterusnya menggunakan tangga. Turun dari LRT atau bas di satu perhentian lebih awal dan seterusnya berjalan kaki ke pejabat.
- Semasa Di Rumah - Sambil menonton TV, lakukan regangan atau senaman ringan. Sertai anak2 ke taman permainan dan bersenam selepas waktu bekerja. Amalkan berkebun kerana ia sejenis aktiviti fizikal yang baik.
- Semasa Membeli-belah - Parkir kereta jauh sedikit dari tempat membeli-belah dan berjalanlah ke tempat tersebut kerana berjalan kaki merupakan satu bentuk senaman yang baik.
Amalan Sauna Untuk Sihat
1.45 tengahari

Amalan melakukan sauna pada waktu senggang memang baik untuk kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Namun, untuk kesan yang lebih baik, ada beberapa rutin yang boleh diamalkan. Anda perlu membiasakan diri untuk minum air mineral sebelum dan selepas melakukan sauna. Kemudian, duduk atau berbaring sejenak selama 10 minit untuk mendapatkan manfaat sauna dengan maksimum. Wanita yang hamil pula dinasihatkan untuk tidak melakukan sauna.
0 comments:
Post a Comment