10.45 pagi

- Bersarapanlah dengan Yogurt - Pengambilan yogurt rendah lemak ketika sarapan dipercayai dapat membantu menghilangkan lemak pada perut.
- Jangan Gelojoh - Pastikan anda mengunyah setiap makanan dengan perlahan dan hanya telan makanan tersebut apabila ia benar2 hancur. Apabila anda menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan tersekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut anda terasa penuh. Makanan yang tidak dikunyah dengan lumat susah untuk dihadamkan dengan sempurna dan menyebabkan terhasilnya gas2 yang membentuk perut yang bulat dan besar (buncit).
- Kurangkan Pengambilan Garam - Pengambilan garam yang banyak dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisme dan memaksa air keluar dari sel badan anda dan menyebabkan perut terasa penuh dan mula menggelembung ke hadapan.
- Minumlah Air - Jika anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air yang berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencarikan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh anda. Selain itu, ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.
- Pengambilan Serat yang Tepat - Pengambilan serat daripada buah2an seperti pir dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan penggelembungan pada perut.
Pernafasan Teratur
1.45 tengahari
Kawalan pernafasan yang baik penting bagi memastikan aktiviti regangan otot dapat dijalankan dengan lancar. Ia membantu merehatkan badan, memperbaiki perjalanan darah dalam badan dan membantu menyingkirkan asid laktik secara mekanikal.Cara yang betul untuk bernafas adalah dengan menyedut udara perlahan2 menerusi hidung, luaskan bahagian abdomen (buka dada), tahan nafas seketika sebelum menghembusnya perlahan2 menerusi hidung atau mulut.
Menarik nafas menerusi hidung mempunyai beberapa tujuan termasuklah membersihkan udara dan memastikan suhu dan kelembapan gas oksigen yang masuk ke dalam paru2 bersesuaian.
Beberapa orang pakar berpendapat menghembuskan nafas terus daripada hidung (sebagai menetang aliran udara daripada mulut) menyebabkan tekanan kepada jantung dan masalah iniakan mendatangkan kesan jangka masa panjang.
0 comments:
Post a Comment