Monday, January 4, 2010

Rabu - 13 Januari 2010

Kurangkan Kolestrol Dalam Diet
10.45 pagi

  • Mulakan hari anda dengan sarapan bijirin oat. Pakar pemakanan juga bersetuju bahawa bijirin oatmerupakan makanan yang paling seusai untuk menurunkan kadar kolestrol dalam darah.
  • Cuba amalkan makan telur ayam yang bebas kolestrol (makanan gentian) daripada memilih telur ayam semulajadi.
  • Untuk sajian rendah kolestrol, gantikan sos berkrim untuk hidangan makaroni atau spageti anda dengan taburan sayuran yang direbus.
  • Guna minyak yang rendah kolestrol. Sebaiknya kurangkan makanan yang digoreeng.
  • Jangan bergantung kepada mentega, krim sos atau mayonis sebagai bahan penambah perisa dalam makanan. Gantikan dengan aneka rempah kerana ia ternyata kurang lemak, rendah kolestrol dan dapat membantu menjana metabolisme tubuh.


Penjagaan Kesihatan Untuk Lelaki 60an
1.45 tengahari
  • Gunakan Otak atau Anda Kehilangannya - Semakin kita meningkat usia, daya keupayaan otak akan semakin berkurangan jika kita jarang menggunakannya dengan berkesan. Untuk itu, cuba kekalkan kemahiran kognitif anda dan sentiasa pastikan minda dan otak anda sentiasa distimulasikan dengan sesuatu yang baru. Sentiasa pastikan otak anda bekerja. Caranya, banyakkan membaca, bermain jigsaw puzzle, catur atau mungkin anda boleh mencuba hobi baru.
  • Latihan Kekuatan -Dalam usia 65 tahun, anda masih mampu bersenam. Kita mungkin kekurangan jisim tulang dan keanjalan otot apabila usia meningkat. Mereka yang rajin lakukan latihan beban dan berjoging mampu mengekalkan keupayaan otot walaupun melewati usia 60an.
  • Tak Terlewat Untuk Berhenti Merokok - Walau anda berhenti merokok ketika usia 65 tahun, ia masih menyumbang kepada pertambahan usia anda sebanyak 2 tahun.
  • Lakukan Ujian Kesihatan - Setelah usia mencecah 60 tahun, lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala mengikut saranan doktor.

0 comments:

Post a Comment