10.45 pagi

- Susu, keju, daging dan ikan merupakan makanan yang mengandungi tryptophan iaitu sejenis lemak yang menghasilkan serotonin dan mengendurkan saraf pada pusat otak. Ia juga sering disebut sebagai sleeping hormone. Makanan yang tinggi karbohidrat ini dapat meningkatkan kuantiti serotonin. Makanan yang masuk ke dalam tubuh memberi reaksi kimia yang dapat mempengaruhi perasaan yang dihasilkan otak. Apabila perasaan menjadi positif, maka kita akan mudah tidur.
- Bagi mereka yang gemar mengambil snek pada waktu malam, sebaiknya kurangkan mengambil bijirin gandum yang dicampur dengan susu, bubur gandum dan roti. Gantikan hidangan snek anda dengan salad ataupun buah2an.
- Pil tidur biasanya diambil oleh mereka yang berhadapan dengan masalah kesukaran untuk tidur. Namun hakikatnya, ia mendatangkan kemudaratan dalam jangka masa panjang. Jadi, elakkan daripada mengambilnya kerana ia boleh menganggu corak tidur seseorang.
- Salah 1 cara yang lebih mudah adalah dengan mengunci jam loceng pada masa sasaran untuk anda bangun daripada tidur. Bagaimanapun, jika anda sudah terbiasa tidur lama atau bangun lewat, pastikan anda mengunci jam anda mengikut peringkat masa tertentu. Sebagai contoh, jika anda biasa bangun pada pukul 10 pagi, cuba kunci jam anda 1 jam awal iaitu pada pukul 9 pagi. Cuba kurangkan 1 jam lagi pada hari berikutnya.
- Pastikan anda masuk tidur awal iaitu selepas pukul 10 malam dan sebelum pukul 12 tengah malam bagi mendapatkan tidur yang cukup dan sesuai dengan masa.
- Sememangnya tidur merupakan fasa penting dalam memperbaiki daya kerja tubuh badan. Pun begitu, hidup bukanlah hanya untuk tidur. Jika selama ini anda mengamalkan tidur lebih daripada waktu yang sepatutnya dengan beranggapan "lebih banyak tidur lebih baik", maka segeralah buang tabiat tersebut.
- Rangka aktiviti yang ingin dilakukan pada awal pagi pada hari minggu seperti berjoging, membeli keperluan di pasar dan sebagainya bagi mengelakkan rasa malas untuk bangun awal pagi.
Tips Hindari Serangan Migrain
1.45 tengahari

- Perhatikan apa yang anda makan dan minum. Jika anda berasa pening kepala selepas beberapa ketika, tandakan merah pada catatan makanan yang anda buat.Perhatikan untuk beberapa kali lagi. Jika gejalanya masih sama, hindari makanan itu sepenuhnya.
- Makan dengan kerap. Meninggalkan waktumakan juga menjadi punca migrain bagi sesetengah orang.
- Kurangkan pengambilan kafein. Tapi awas, jangan lakukan secara drastik. Jika kopi adalah minuman wajib anda setiap pagi dan petang, cuba kurangkannya secara perlahan tetapi jangan berhenti terus. Ini kerana kehilangan kafein dari tubuh secara tiba2 juga mampu menjadi punca migrain.
- Dapatkan tidur yang cukup. Tubuh yang terlalu lesu berpunca dari tidur yang tidak cukup dan ini juga membawa kepada migrain.
- Belajar menangani tekanan. Rasa tertekan dan kecewa akan membawa pada ketidakstabilan emosi. Sentiasa ajar diri untuk bertenang dan jadilah seorang yang kaya dengan sifat jenaka.
0 comments:
Post a Comment