10.45pagi
Ada saintis menggelar sarapan sebagai makanan untuk otak. Kajian menunjukkan sarapan ada kaitan rapat dengan kecergasan mental. Secara ringkasnya, sarapan dikatakan memberikan kesan positif terhadap aktiviti otak.Anda akan lebih cergas, peka dan fokus. Ini secara tidak langsung mendatangkan pengaruh positif terhadap diri individu itu untuk melaksanakan tugasnya, sama ada di sekolah atau tempat kerja walaupun hanya mengambil sarapan seringan sekeping roti dan secawan kopi.
Elakkan Senaman Berlebihan
1.45 tengahari
Senaman yang terlalu berat boleh melemahkan sistem imun dan seterusnya menyebabkan anda tidak berupaya dan mudah mengalah. Terdapat 1 kajian dilakukan di Toronto, Kanada terhadap 2 kumpulan lelaki muda yang sihat.Kesemua lelaki dalam kedua2 kumpulan melakukan aktiviti aerobik selama 40 minit dalam satu sesi tetapi 1 kumpulan menjalankan aktiviti tersebut sebanyak 3 kali seminggu manakala kumpulan yang 1 lagi melakukannya sebanyak 5 kali seminggu.
Memang diakui bahawa aerobik tersebut membantu meningkatkan sesetengah aktiviti imun tubuh. Namun, senaman yang lebih ringan (3 kali seminggu) lebih berkesan dalam menguatkan sistem imun individu.
Ujian darah yang dilakukan terhadap mereka pula mendapati bahawa senaman yang berat sebenarnya boleh mengurangkan tahap sel yang mengeluarkan antibodi.
0 comments:
Post a Comment