Wednesday, December 23, 2009

Rabu - 6 Januari 2010

Rehatkan Punggung Setiap 15 Minit
10.45 pagi
Penat duduk seharian di pejabat? Jangkamasa duduk yang terlalu lama di kerusi tanpa sebarang gerakan boleh membuatkan otot2 tegang dan tidak sihat, malah memberi tekanan kepada tubuh anda. Kesannya, punggung akan sakit dan pinggang pula akan menjadi sengal.

Bagi mengelakkannya, lakukan perkara2 berikut ;
  • Duduk dengan keadaan punggung yang tegak sehingga anda rasa lebih tinggi sebanyak beberapa sentimeter.
  • Tariknafas dan otot sehingga perut masuk ke dalam dan dada mengembang.
  • Tahan posisi ini seketika dan lepaskan perlahan2.
  • Ulang langkah ini sebanyak 3 kali.


Posis Duduk Yang Betul
1.45 tengahari
Masalah sakit belakang dihadapi kebanyakan orang di seluruh dunia terutamanya yang bekerja di pejabat menggunakan komputer sepanjang hari. Pakar Radiologi Universiti Hospital Alberta, Kanada, Dr. Waseem Amir Bashir berkata duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit belakang.

Untuk mencari posisi duduk paling sesuai, beliau dan kumpulannya menjalankan kajian menggunakan mesin pengimbas Resonan Magnetik (MRI) ke atas 22 lelaki dewasa sihat dan tidak pernah mengalami sakit belakang atau pembedahan pada belakang badan.

Peserta disuruh duduk dalam 3 posisi iaitu membongkok, tegak (90°) dan sedikit rehat dengan bersandar pada kedudukan 135°. Daripada pemerhatian, didapati bahawa duduk bersandar adalah posisi paling ideal kerana ia menyamai keadaan semula jadi badan ketika berehat (berbaring).

Duduk tegak 90° mempunyai potensi paling tinggi boleh menyebabkan masalah cakera tulang belakang teralih (slip disc) dan kemungkinan perkara ini berlaku agak rendah jika duduk bersandar kerana ia bukan saja memberi sokongan, malah mengurangkan tekanan pada tulang belakang. Justeru, individu yang bekerja dalam keadaan duduk sepanjang hari adalah disaran mendapatkan kerusi yang membolehkan mereka bersandar pada sudut 135°. Kaedah itu dikatakan jauh lebih baik, berkesan dan murah untuk mengelak sakit belakang berbanding mendapatkan rawatan.

1 comments:

DJ Mimie said...

Ulang siar pada hari Khamis, 6 Januari 2011

Post a Comment