Monday, November 30, 2009

Jumaat - 1 Januari 2010

Gemar Mengunyah Gula2 Getah?
10.45 pagi
Boleh saja, asalkan jangan berlebihan. University of Texas Southwestern Medical Center, Dallas, menyatakan bahawa mengunyah terlalu aktif akan menyebabkan kepenatan dan rasa sakit pada rahang. Selain itu, mengunyah gula2 getah terlalu lama juga akan menyebabkan kesakitan pada bahagian kepala dan leher, malah lebih teruk lagi mampu menyebabkan rahang kaku sehingga tidak dapat membuka atau menutup mulut.


Lebih Pedas Lebih Baik?
1.45 tengahari
Makanan pedas biasanya mengandungi cili, serbuk kari dan pelbagai rempah yang lain. Tahukah anda, makanan pedas membantu meningkatkan penghasilan endorfin. Hormon inilah yang membantu anda merasa gembira dan mendapatkan diet yang seimbang. Kalau selepas ini anda merasa murung dan sedih, cubalah makan makanan yang pedas, mood anda pasti berubah.

1 comments:

DJ Mimie said...

Diulangsiar pada hari Jumaat, 7 Januari 2011.

Post a Comment