10.45 pagi
Masalah tumit kaki pecah boleh dikurangkan dengan merendamkan kaki anda di dalam air suam yang dicampurkan dengan garam bukit. Garam bukit dapat menyingkirkan toksik yang terkumpul pada bahagian kaki. Dengan ini, bahagian yang kasar pada kaki akan menjadi lembut. Setelah itu, gosokkan bahagian tumit anda dengan lembut. Perlu diingatkan, jangan sesekali menggosok tumit anda ketika ianya masih keras kerana ia akan mencederakan kulit. Sebagai antiseptik, ambil madu yang dicampurkan dengan limau nipis, kemudian sapu di bahagian tumit. Biarkan selama 15 minit, bilas hingga bersih.Khasiat Rempah Ratus Sebagai Ubat
1.45 tengahari
Menurut Michael Tierra dalam bukunya "The Way of Herbs", rempah2 yang sering ditambahkan pada masakan juga memiliki manfaat perubatan. Rempah2 merupakan alternatif semula jadi untuk mengubati pelbagai penyakit seperti sakit perut, sakit kepala, selesema dan sebagainya. Halia misalnya mempunyai khasiat mengubati sakit kepala dan menambah nafsu makan. Cili merah pula mampu memecah lemak dan membantu menormalkan peredaran darah di seluruh badan. Cengkih yang banyak digunakan dalam industri rokok, dalam kadar yang tertentu boleh dimanfaatkan untuk menghangatkan badan, melegakan tenggorok dan mencegah batuk.

0 comments:
Post a Comment