Monday, November 30, 2009

Rabu - 30 Disember 2009

Tutup Mulut, Baru Lompat
10.45 pagi

Hasil kajian William Ebben, PhD dari Marquette University, Amerika Syarikat menyarankan mereka yang ingin melompat lebih tinggi perlu merapatkan rahang. Mereka yang gemar bermain bola tampar atau bola keranjang biasanya memerlukan lompatan beberapa kali sebelum mencapai ketinggian dan kekuatan melompat yang maksimum. Mereka yang merapatkan rahang meraih lompatan maksimum 20% lebih cepat kerana ketika bahagian otak sedang mengawal rahang yang sedang aktif, bahagian tersebut mengeluarkan signal untuk mengawal kerja otot di bahagian tubuh lain.


Tips Mengurangkan Selera Makan
1.45 tengahari
  • Makan perlahan2. Cara terbaik untuk makan perlahan adalah ketika menonton televisyen, mengira bilangan setiap kunyahan, berbual atau makan sambil membaca.
  • Makan hidangan yang kecil dengan menggunakan pinggan yang kecil. Ini akan membuatkan makanan kelihatan banyak.
  • Pilih dan ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur, buah, roti dan sebagainya. Serat ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.
  • Makan makanan yang pedas kerana ia membuatkan perut anda terasa penuh.
  • Jangan biarkan diri anda dalam keadaan yang terlampau lapar. Ini kerana anda akan makan lebih banyak.
  • Sebelum makan, minumlah segelas air kosong supaya perut anda terasa penuh.
  • Elakkan minum semasa makan kerana ia boleh meningkatkan selera makan anda.
  • Cuba makan sup supaya anda merasa cepat kenyang.
  • Jauhkan makanan daripada pandangan anda. Ini kerana apabila makanan berada di depan mata, ia memberi tarikan untuk anda makan.

0 comments:

Post a Comment