Monday, November 30, 2009

Jumaat - 25 Disember 2009

Jom Ceria!
10.45 pagi
Terdapat kajian yang membuktikan bahawa bergembira bersama rakan2 akan menguatkan fungsi tubuh. Semakin kerap seseorang itu berjumpa dan menghabiskan masa bergembira dengan rakan2nya, semakin rendah risiko mereka mendapat serangan penyakit.

Bagi mengelakkan virus dan sel kanser, anda tak perlu mengeluarkan sebarang belanja pun. Cukup sekadar memeluk orang yang tersayang. Selain mengeratkan kasih sayang, dapat juga badan yang sihat, betul tak?



Ketawa Lagi
1.45 tengahariRasa2 negatif dalam tubuh hanya akan membuatkan anda tertekan dan kehilangan daya tubuh. Bagi mengatasi masalah ini, cukuplah sekadar mengukir senyuman dan ketawa selalu. Seorang doktor dari Fakulti Perubatan Universiti California, Lee Berk memberitahu bahawa pergerakan otot perut yang berlaku ketika seseorang itu ketawa akan meninggalkan penghasilan antibodi dan sel aktif yang baik untuk melawan serangan penyakit. Tambahan pula, ketawa akan melancarkan peredaran darah dan pencernaan, menurunkan tekanan darah dan menghilangkan ketengangan otot.

0 comments:

Post a Comment