Monday, November 30, 2009

Khamis - 24 Disember 2009

Senyum..
10.45 pagi
Pasti anda kadang kala mengalami tekanan tidak kiralah di tempat kerja, di rumah ataupun di tempat awam. Mulakan dengan sebuah senyuman ikhlas, anda akan dapati perasaan tertekan itu hilang sedikit demi sedikit. Berhenti mengeluh kerana ia akan menambah rasa tertekan anda itu. Para penyelidik dari Mayo Clinic, Amerika Syarikat, dalam kajian mereka mendapati, bahawa mereka yang sentiasa optimis akan hidup 12 tahun lebih lama berbanding mereka yang pesimis. Hasil kajian ini disokong sepenuhnya oleh Anna L. Marslans, seorang pakar psikologi dari Pittsburgh Medical Center.

Mereka yang sentiasa berubah2 emosi, mudah tertekan dan sentiasa berfikiran negatif mempunyai tindak balas aktif terhadap vaksin hepatitis berbanding mereka yang sentiasa ceria. Memang susah, tapi cubalah. Ia bukan saja baik untuk imej sendiri bahkan memberi bonus kepada kesihatan.



Takutnya Tidur Dalam Gelap!

1.45 tengahari
Sebenarnya tidur dalam gelap sangat baik. Jika anda tidur di bawah pancaran lampu yang terang setiap hari, anda sebenarnya menggalakkan kanser payudara. Pendedahan berlanjutan kepada cahaya lampu terang akan menurunkan penghasilan melatonin iaitu sejenis hormon yang mampu mencegah kanser.

Melatonin pula hanya dapat dihasilkan ketika anda berada dalam keadaan gelap. Anda boleh menggunakan lampu tidur bercahaya suram ketika tidur.

0 comments:

Post a Comment