Wednesday, January 6, 2010

Khamis - 21 Januari 2010

Makanan Ringan Cepatkan Penuaan
10.45 pagi

Menikmati piza, ayam goreng atau burger bersama minuman berkarbonat bunyinya cukup lazat. Ditambah pula dengan manisan seperti gula2 dan coklat, secara tidak langsung mampu menawan hawa nafsu. Pun begitu, haruslah diingat bahawa semakin kerap makanan seumpama ini diambil, semakin cepatlah proses penuaan terjadi. Hal ini terbukti hasil daripada kajian yang dijalankan oleh pakar dari Glasglow University.



Kunyah Hingga Lumat
1.45 tengahari

Saluran pencernaan yang sihat dapat membantu penyaluran nutrien dalam badan dengan kadar yang lebih cepat. Terdapat beberapa cara yang boleh diamalkan untuk menggalakkan kesihatan saluran pencernaan badan kita seperti mengawal kuantiti makanan yang diambil dan mengunyah makanan secara perlahan2 sehingga lumat iaitu sekurang2nya 30 kali sebelum makanan ditelan. Ini adalah kerana makanan yang dikunyah hancur mengandungi lebih banyak enzim dari air liur dan ia sebenarnya memudahkan proses pencernaan.

0 comments:

Post a Comment