Wednesday, January 13, 2010

Khamis - 28 Januari 2010

Tips Sihat Untuk Hidup Lebih Ceria
10.45 pagi
  • Carilah aktiviti lain yang mendorong kepada minat anda sendiri seperti melukis, menyanyi, menari, menulis dan sebagainya bagi menghilangkan tekanan setelah penat bekerja.
  • Serikan diet anda dengan warna yang pelbagai. Contohnya, pilihlah buah2an dan sayur2an yang beraneka warna sebagai sajian.
  • Sebelum memilih bahan yang ingin dimasak, jangan lupa membaca label yang diletakkan di tin atau pembungkus bahan tersebut bagi mengetahui pilihan nutrisi yang ada.
  • Tanamlah buah2an dan sayur2an anda sendiri. Ia bukan sahaja dapat dijadikan hobi tetapi juga menjimatkan perbelanjaan. Anda juga akan dapat menikmati sajian yang segar dan tidak perlu bimbang dengan bahan kimia.
  • Bertukarlah cara memasak anda daripada menggoreng kepada mengukus kerana cara ini membantu mengekalkan kandungan nutrien dalam makanan.
Banyak lagi tips sihat untuk hidup lebih ceria dapat anda dengar jam 1.45 tengahari nanti!


1.45 tengahari

Sambungan tips sihat untuk hidup lebih ceria yang dikongsikan pada awal segmen Salam Interaktif tadi.
  • Jauhkan diri daripada mendekati mereka yang merokok. Jika anda seorang perokok, sudah tiba masanya tabiat itu dibuang.
  • Jika ada wang lebih, manjakan diri anda dengan membeli-belah keperluan peribadi. Kajian yang pernah dilakukan mendapati membeli-belah adalah salah satu terapi menghilangkan stres.
  • Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi kerana ia adalah pembekal tenaga untuk meneruskan hari anda. Seelok2nya, ambillah hidangan yang mengandungi serat dan nutrisi tinggi serta rendah gula.
  • Disiplinkan diri dengan mengatur temujanji untuk berjumpa dengan doktor secara berkala untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
  • Bagi mereka yang sudah berkeluarga, sesekali tidak salah andai mempelawa anak2 anda ke dapur untuk memasak bersama. Sedikit sebanyak ia boleh menggalakkan mereka untuk mencuba menghasilkan sendiri makanan yang berkhasiat.
Ikuti 4 lagi tips sihat untuk hidup lebih ceria pada pagi esok dalam Salam Interaktif.

1 comments:

DJ Mimie said...

Diulang siar pada hari Jumaat, 14 Januari 2011.

Post a Comment