10.45 pagi

- Senaman - Melakukan aeraobik selama 20 minit mampu meningkatkan kadar denyutan jantung. Lakukan ini sebanyak3 kali dalam masa seminggu. Berbincang dengan doktor dan mulakan secara perlahan2. Lebih banyak senaman juga bagusasalkan ia seimbang.
- Makan Makanan Sihat- Pastikan anda menyeimbangkan makanan, lebihkan buah, sayur dan ikan. Kurangkan daging merah dan makanan yang ringan. Anda boleh mengambil vitamin tambahan asalkan dengan nasihat dan saranan doktor.
- Kurangkan Makan - Makan dalam situasi yang betul boleh mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan.
- Ekspresi Diri - Jadilah dan lakukan apa sahaja yang anda suka. Pastikan anda bercakap dan berfikir semasa perlu. Katakan apa yang anda maksudkan dan lakukan apa yang betul untuk diri.
- Penerimaan Diri -Perasaan menghargai dan suka kepada diri sendiri mampu menghindari rasa benci dan ketidakyakinan. Anda lebih percaya diri dan tidak mudah terikut2 dengan cakap2 orang.
- Kawal emosi -Kebolehan untuk mengenalpasti,mengkaji dan melahirkan emosi harus bijak dikawal. Dengan ini, anda bersedia menerima apa jua perkara yang mungkin boleh mendatangkan kegalan pada diri.
- Penyembuhan Emosi- Apabila anda bijak memujuk emosi sendiri, ia tidak akan memanipulasikan tindakan diri anda, perhubungan dan kepercayan pada diri.
Tips Sihat Untuk Hidup Lebih Ceria
1.45 tengahari

- Bersenam seorang diri mungkin agak membosankan. Justeru, carilah sekurang2nya seorang rakan untuk melakukan senaman bersama. Mungkin kehadiran rakan2 boleh memberi motivasi kepada kita untuk terus bersenam. Lebih ramai, lebih meriah dan seronok.
- Pada hujung minggu, rangkalah agenda menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga dan kenalan seperti berkelah, menunggang basikal ataupun memancing. Ia bukan sahaja mampu merehatkan minda, bahkan juga merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan persahabatan.
- Senyum dan ketawalah sekerap yang mungkin setiap hari. Ia adalah antara cara untuk mengawal stres dan membantu meningkatkan tahap imuniti dalam badan.
- Pelbagaikanlah teknik2 senaman yang merehatkan badan sepereti aromaterapi, meditasi, yoga, tai-chi dan lain2. Tidak salah andai anda selang-selikan teknik senaman ini setiap minggu.
0 comments:
Post a Comment