Tuesday, January 12, 2010

Jumaat - 22 Januari 2010

10 Kesalahan Semasa Berdiet
10.45 pagi
  • Terlampau ghairah mengira kalori.
  • Tidak minum air yang mencukupi.
  • Makan roti, pasta dan ubi kentang lebih banyak berbanding protein, daging segar, buah dan sayur.
  • Makan makanan proses lebih bayak daripada makanan segar.
  • Menghilangkan khasiat sayur dengan cara memasaknya secaraberlebihan.
  • Tidak merancang dengan betul.
  • Menyalahkan orang lain atas kegagalan diet anda.
  • Menyudahkan juga sisa makanan sedangkan anda sudah betul2 kenyang.
  • Tidak mengambil sarapan pagi.
  • Berlapar sepanjang hari.


Makanan Mempengaruhi Mood
1.45 tengahari
Jenis makanan dan tabiat makan yang salah tidak stabil dan membuatkan ia turun dan naik secara tidak teratur. Kesannya, anda mudah letih, pening dan cepat marah. Untuk memastikan agar mood anda sentiasa terkawal, anda boleh mengamalkan cara berikut;
  • Makan Setiap 5 jam - Selain memastikan anda tidak mudah lapar, ia juga menjamin bahan bakar untuk tubuh dan otak tetap penuh.
  • Kurangkan pengambilan karbohidrat yang diproses misalnya yang terdapat pada biskut dan soda kerana ia boleh menyebabkan gula darah melonjak dengan pantas tetapi menurun dalam waktu yang singkat.
  • Penuhkan pinggan dengan serat - Antara menu kaya serat yang boleh anda pilih ialah beras perang, sayur dan buah. Ia membantu melambatkan penyerapan gula dan stamina juga kekal lebih lama.
  • Tambahkan protein - Penambahan protein dapat mencegah penyerapan karbohidrat yang terlalu cepat.
  • Lebihkan Omega-3 dan vitamin D - Antara menu yang kaya dengan khasiat ini ialah ikan salmon dan kuning telur. Banyak kajian menunjukkan kedua2 jenis makanan ini mampu meredakan tekanan dan emosi.

1 comments:

DJ Mimie said...

Diulang siar pada hari Khamis, 13 Januari 2011.

Post a Comment