Friday, October 2, 2009

Rabu - 7 Oktober 2009

Menghilangkan Tanda Hitam Di Bawah Mata

10.45pagiTidak cukup tidur membuatkan kawasan mata akan menjadi kehitaman. Begitu juga jika anda terlalu keletihan. Gunakan petua ini iaitu dengan mencampurkan perahan air limau dengan air suam. Kemudian, sapukan pada kawasan mata yang gelap dan amalkannya setiap hari. Selain itu, anda juga boleh menggunakan uncang teh dengan menyimpannya ke dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Keluarkannya dan letakkan pada mata juga selama 10-15 minit. Petua kedua ini sesuai diamalkan terutamanya selepas bangun tidur.

Merawat Kulit Muka Terbakar

1.45 tengahari

Kebanyakkan daripada kita akan mengalami masalah kulit terbakar selepas pulang dari bercuti. Jangan buang masa dan segeralah merawatnya. Caranya ialah dengan membasuh sebiji kentang tapi jangan dibuang kulitnya. Kukus sehingga betul2 lembut dan lenyek sehingga halus. Sapukan ke bahagian kulit yang terbakar, insya Allah ia mampu membuatkan kulit anda kembali segar seperti sebelumnya.

0 comments:

Post a Comment