Wednesday, September 30, 2009

Jumaat - 2 Oktober 2009

9 lagi Tips Mendapatkan Bibir Cantik Berseri
10.45 pagi
Semalam, kita telah mengikuti 10 tips untuk mendapatkan bibir cantik berseri, hari ini, 10 lagi tips bagi membantu anda mendapatkan bibir yang cantik dan berseri.
  • Elakkan perbuatan menggigit bibit walaupun wanita gemar melakukannya (mungkin untuk kelihatan lebih comel). Tabiat ini akan membuatkan lapisan kulit mengelupas.
  • Segera padamkan kesan gincu bibir sebaik sahaja anda sampai di rumah. Gunakan air yang banyak dan pencuci solekan untuk memastikan sisa gincu ini benar2 terpadam. Jangan sesekali membiarkan ia kering sendiri tanpa cucian yang sempurna.
  • Sesekali gunakan penyental muka yang lembut untuk membersihkan bibir dengan lebih sempurna. Dua kali seminggu sudah memadai kerana kelenjar minyak dan sel mati pada bibir akan terhapus secara semulajadi.
  • Elakkan menggunakan ubat gigi yang pedas dan dingin. Jika ia kerap mengenai bibir anda, kesegaran bibir akan terganggu.
  • Jika anda berhajat mengenakan pelbagai gincu dalam satu masa, pastikan jenamanya sama. Gincu yang berbeza menyebabkan warna ini tidak bercampur dan mungkin bergumpal dan tidak bereaksi. Bibir pasti kering, menglupas dan cedera.
(bersambung jam 1.45 tengahari)

Sambungan
  • Dalam memilih warna gincu, pilihlah yang berwarna gelap misalnya coklat. Ia sesuai dipakai siang mahupun malam. Warnanya tidak nampak berat dan anda boleh membawanya ke mana sahaja.
  • Merokok mencacatkan penampilan anda juga tidak baik untuk kesihatan. Bahan kimia pada rokok akan menerbitkan warna hitam pada bibir sekaligus menajdikan warna asal bibir tidak bermaya.
  • Semasa ingin mencuci gincu, gunkaan kapas tisu yang lembut dan sapukan dengan perlahan tanpa menyental.
  • Satu petua muda hdan murah untuk mencantikkan bibir ialah dengan menyapukan ubat gigi lembut atau marjerin sebelum anda tidur.

0 comments:

Post a Comment