10.45 pagi

- Kulit bibir tidak terlepas daripada bahaya sinar UV. Kalau sudah terlalu lama terdedah dengan sinaran UV, tidak mustahil kulit bibir akan pecah, kering dan berdarah. Sebaiknya, sapukan pelembap bibir yang mengandungi aksi penghalang sinaran UV. Dengan ini, pH bibir tetap selamat walaupun anda berada di bawah terik matahari.
- Perbuatan membasahkan bibir dengan air liur adalah salah. Air liur yang kering di bibir sebenarnya akan mengeringkan lagi pelembap semulajadi di bibir anda. Hasilnya, bibir yang lembap hanya seketika. Ia kaan menjadi pucat dan bertambah kering.
- Jika bibir anda mengalami alahan, gunakan krim bibir sebelum menyapukan gincu. Vaseline adalah antara produk yang diyakini. Kekerapan bergincu biasanya mudah membuatkan bibir anda cepat kering dan hilang lembapan semulajadinya.
- Bibir juga memerlukan vitamin yang cukup untuk memastikannya kekal sihat. Banyakkan mengambil makanan berkhasiat terutamanya buah dan sayur.
- Jika bibir anda terluka atau mengelupas, jangan mengenakan rumusan pudina. Walaupun ia sejuk, tindakan itu hanya akan menambahkan rasa luka dan pedih. Akibatnya keadaan bibir akan menjadi lebih serius.
Sambungan
- Jangan mengambil alkohol kerana ia bukan sahaja menerbitkan bau yang tidak enak pada mulut bahkan ia akan mengeringkan bibir dan megusamkan warnanya.
- Untuk membantu mengekalkan bibir yang sihat dan kuat, pilihlah gincu bibir yang bervitamin. Sekarang ini ada banyak pilihan gincu yang mempunyai pelbagai khasiat vitamin E, A dan C. Tak dinafikan gincu ini agak mahal, tetapi demi mendapatkan bibir yang mekar, alah membeli menang memakai.
- Minumlah banyak air kerana apabila kita kurang minum air, bibirlah tempat pertama di bahagian tubuh yang menunjukkan hasilnya. Air putih mengimbangi kadar lembapan dalam tubuh.
- Selepas mencuci solekan dan sebelum masuk tidur, sapukan pelembap bibir. Ia juga bagus digunakan sebelum anda menyapu gincu bibir. Jika anda berada di tempat yang sejuk juga, anda boleh menyapu pelembap bibir dengan lebih kerap.
- Madu adalah alternatif terbaik untuk meningkatkan lembapan semulajadi bibir. Sebelum tidur, sapukan madu pada seluruh bibir. Pastikan madu anda asli, jika tidak, bersedialah melihat sarang semut di bibir anda keesokan harinya.
0 comments:
Post a Comment