10.45 pagi

Kebersihan Jauhkan Jangkitan
Tabiat seperti malas mandi sehingga berhari-hari boleh menyebabkan terjadinya pelbagai bentuk jangkitan seperti bakteria, kuman dan kulat. Ia juga boleh mnegundang masalah kehadiran kutu.Semua Individu Berisiko
Bukan semua masalah kulit berpunca daripada sikap pengotor dan tidak bersih sesetengah orang. Individu pembersih juga masih berisiko untuk menghidap psoriasis dan ekzema. Kedua-dua penyakit itu boleh menjadi bertambah teruk jika faktor kebersihan diabaikan pesakit.
Belai rambut dengan Syampu
Bersihakan rambut anda dnegan menggunakan syampu yang sesuai. Tidak salah untuk bersyampu dengan kerap tapi lakukanlah mengikut keperluan. Bersyampu dua kali seminggu sudah memadai, tetapi berbeza jika anda mempunyai kelemumur yang banyak.
Pentingnya Mandi
Mandi dapat menyingkirkan segala daki dan kotoran yang terdapat pada tubuh, membuatkan tubuh menjadi bersih dan segar. Gunakan sabun atau syampu yang bersesuaian ketika mandi agar hasilnya memberi kelesesaan kepada tubuh sepanjang hari.
Mandi Air Panas
Mandi air panas mampu menyegarkan tubuh terutamanya pada pagi hari. Penggunaannya sahaja tidak mampu membunuh kuman-kuman yang hinggap pada kulit. Kuman-kuman tersebut hanya mungkin boleh mati menerusi sabun yang dipakai ketika mandi.
Basuh Tangan Keringkan Kulit
Terlalu kerap membasuh tangan boleh menyebabkan kulit tangan kering. Pastikan anda menyapukan losyen pada tangan bagi mengekalkan kelembapan kulit.
Bahaya Kulit Kering
Bagi penghidap penyakit ekzema, selain tampak kurang menarik, kulit yang kering juga akan menyebabkan penyakit yang dihadapinya bertambah buruk.
Kering Semulajadi
Ia berlaku di kalangan pesakit buah pinggang apabila mengalami kehilangan air yang banyak. apabila kurang air, kulit mula menjadi kering. Bagi yang tiada penyakit tersebut, lazimnya anda sememangnya memiliki jenis kulit yang kering.
Guna Pelembap
Individu yang mengalami masalah kulit kering perlu memakai krim pelembap terutamanya jika berada di ruang yang berhawa dingin.
Punca Rambut Gugur
1.45 tengahari
Faktor genetik & faktor luaran seperti ;- Pencemaran kimia - sebatian ammonium, silikon, gas karbon monoksida dan hujan asid
- Pencemaran biologi - jangkitan kulat ,bakteria dan kuman, penggunaan sikat yang tidak sesuai dengan jenis rambut, penggunaan bahan pewarna rambut yang mengandungi ammonium dan silikon, tekanan kerja atau kerap menyikat rambut akibat pengaruh psikologi.
- Cuci rambut 4 atau 5 kali seminggu dengan syampu lembut.
- Jangan cuci rambut menggunakan sabun mandi.
- Elak sikat rmabut terlalu kerap.
- Elak kerap mewarnakan rambut.
- Urut kulit kepala denga jari untuk menggalakkan edaran darah.
- Elakkan tekanan di tempat kerja.
- Tutup rambut ketika di tempat sibuk dan banyak pencemaran.
- Pilih sikat yang sesuai dengan jenis rambut.
- Jangan sikat rambut dengan kasar.
- Jangan gunakan sikat yang terlalu rapat dan tajam matanya.
0 comments:
Post a Comment