10.45 pagi

- Pastikan anda memberus gigi dan menggunakan benang flos setiap hari. Ambil masa secukupnya dan jangan melakukannya secara tergesa-gesa. Dengan ini bakteria tidak dapat menghasilkan sulfur yang menyebabkan mulut anda berbau. Sebenarnya menggunakan berus hanya menghilangkan 70% bakteria. Selebihnya ialah peranan benang flos.
- Teori yang mengatakan pencuci mulut boleh menghilangkan nafas berbau sekaligus menjadikannya segar adalah kurang tepat. Ia sebenarnya tidak merawat bakteria sebaliknya hanya berbentuk sementara. Selain itu, pilihlah ubat kumur yang tidak beralkohol agar pembiakan bakteria tidak berlaku.
- Lidah juga boleh menyebabkan mulut berbau jika tidak dibersihkan. Mungkin ramai tidak tahu, bahagian rekahan dan bahagian belakang lidah boleh menjadi tempat bakteria untuk bersembunyi. Cara yang betul untuk membersihkan lidah ialah dengan menggunakan dengan menggunakan pembersih lidah ataupun mendapatkan berus gigi yang mempunyai fungsi yang sama.
- Jika anda menghadapi kesukaran untuk memberus gigi selepas makan, kunyahkan gula-gula getah tanpa gula. Hasilnya, sisa-sisa makanan dapat dibersihkan dan turut merangsang pengeluaran air liur.
- Anda yang berdepan dengan masalah sakit gusi, periksa dengan doktor bagi mengenal pasti sama ada ia masalah gusi yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada gusi ataupun pada ligamen yang memegang gigi. Ini menyebabkan poket gusi menjadi dalam dan bakteria suka bersembunyi di situ. Doktor gigi boleh merawat penyakit gusi dan membersihkan gigi anda dari plak dan karang gigi dan ini seterusnya boleh menghilangkan bau pada mulut anda.
Cara Bersahur dan Berbuka yang Berkesan
1.45 tengahari

- Mulakan dengan buah-buahan dan juga air kosong. Lebih afdal mengikut sunnah Nabi dengan memakan buah kurma.
- Kurangkan mengambil makanan berminyak dan terlalu pedas. Makanan yag mudah hadam adalah amat digalakkan. Jangan lupakan juga sayur-sayuran dan kekacang.
- Kawal kuantiti makanan yang diambil dan berhentilah setelah perut berasa kenyang. Hindarkan sikap suka makan dan minum secara berselang seli. Kunyahlah makanan secara perlahan-lahan bagi memastikan tidak tercekik. Banyakkan minum air dan makan buah-buahan.
- Anda boleh mengambil roti atau makanan bijirin keika bersahur. Paling penting tidak berminyak dan berlemak.
0 comments:
Post a Comment