10.45 pagi

- Makan sahur untuk mengelakkan hypoglycemia atau kandungan gula yang rendah yang boleh menyebabkan kelesuan.
- Makan makanan yang lambat dihadam terutamanya sewaktu sahur. Ia mampu bertahan sehingga 8 jam. Karbohidrat kompleks seperti oats, kurma, sayuran dan nasi adalah makanan yang lambat dihadam serta mengandungi banyak fiber.
- Minum banyak air kosong untuk mengelakkan sembelit dan penyahhidratan.
- Makan makanan yang mengandungi gizi seimbang.
- Mengambil suplemen kesihatan yang halal untuk lebih sokongan kepada sistem badan.
Tips Kesihatan Di Bulan Ramadhan
1.45 tengahari
- Jangan makan secara berlebihan terutamanya ketika berbuka dan sahur. Ia akan menyebabkan anda merasa malas dan letih.
- Elakkan mengambil makanan yang cepat dihadam. Ia hanya mampu bertahan sehingga 3 atau 4 jam sahaja dan boleh menyebabkan gastrik. Makanan yang cepat dihadam ialah makanan yang mengandungi karbohidrat ringan seperti gula, roti dan sebagainya.
- Kurangkan makanan yang digoreng dan berlemak kerana boleh menyebabkan ketidakhadaman, sakit perut dan penambahan berat badan.
- Tidak meminum teh secara berlebihan kerana ia mengandunig theophylline yang menyebabkan kita kerap membuang air.
0 comments:
Post a Comment