Saturday, October 3, 2009

Khamis - 8 Oktober 2009

Menghilangkan Bulu di Atas Bibir

10.45 pagi

Ramai di kalangan kita yang mengalami masalah bulu di atas bibir akan merasa rendah diri ataupun malu. Pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkannya tetapi tidak berkesan. Usah risau, kerana anda boleh mencuba petua ini. Perahkan limau nipis dan dapatkan jusnya. Kemudian, campurkan dengan gula pasir dan gaul sehingga sebati. Seterusnya ambil adunan itu dan sapu serta urutkan secara perlahan-lahan di atas bibir. Cubalah, manalah tahu petua ini boleh memberikan kesan yang diinginkan.


Dapatkan Bulu Mata Melentik

1.45 tengahari

Mahu kelihatan cantik dengan bulu mata melentik secara semulajadi? Bagi mereka yang mementingkan kecantikan, petua ini mungkin boleh dicuba. Petuanya cukup ringkas, iaitu dengan menggunakan air teh o. Anda boleh membancuhnya atau menggunakan air yang tidak habis diminum. Tidak perlu sebarang bahan tambahan sebaliknya air teh o itu boleh terus disapukan di bulu mata dengan cara melurutkannya. Lama-kelamaan dan secara perlahan-lahan, bulu mata anda akan melentik dengan semulajadinya tanpa bantuan daripada peralatan lain.

0 comments:

Post a Comment