Mengurangkan Kehitaman di Ketiak
Ketiak yang kehitaman sering membuatkan kita berasa kurang selesa dengan diri sendiri. Walaupun sudah ke salun kecantikan namun masih juga tidak pudar. Anda boleh mencuba dengan mengambil jus limau nipis atau limau kasturi dan campurkan dengan sedikit kapur sireh. Usah terlalu pekat atau cair, cukuplah sekadar ia mudah disapukan ke ketiak. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci dengan air bersih. Seelok-eloknya amalkan petua ini sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu. Insya Allah, ia akan membantu menghilangkan kesan hitam di ketiak itu.
Khasiat Sayuran dan Buah-buahan
Warna-warna sayuran dan buah-buahan mencerminkan zat yang terkandung di dalamnya. Semakin banyak makanan berwarna (buah-buahan dan sayuran) yang dimakan, semakin banyak antioksidan yang boleh didapati untuk tubuh. Antara buah-buahan yang kaya dengan antioksidan adalah buah anggur. Buah anggur mampu meneutralkan kerosakan sel serta kesan buruk radikal bebas akibat sinaran matahari, asap rokok dan pencemaran.


0 comments:
Post a Comment