Saturday, October 3, 2009

Rabu - 14 Oktober 2009

Khasiat Minuman Susu

10.45 pagi

Bagi yang gemar minum susu tidak perlu bimbang kerana risiko untuk menghidap sakit gusi adalah rendah. Susu sebenarnya dapat membantu menurunkan berat badan dan menyihatkan tulang. Susu juga didapati mampu menurunkan penyakit gusi bengkak melalui kajian oleh Dr. Yoshihiro Shimazaki dari Kyushu Universiti di Fukuoka, Jepun terhadap 942 respondennya. Menurutnya lagi, ambil minuman atau produk yang mengandungi 55 gram asid laktat setiap hari agar dapat membantu anda mengelak daripada jangkitan gusi oleh bakteria yang boleh memudaratkan kesihatan jantung.


Coklat Risiko Tulang Rapuh

1.45 tengahari

Menikmati coklat setiap hari meningkatkan risiko anda menghidap osteoporosis. Dr. Jonathan Hodgson dari Royal Perth University telah menerbitkan hasil kajiannya di dalam The American Journal of Clinical Nutrition mengenai makan kegemaran kebanyakan golongan wanita ini.

Wanita yang mengambil coklat setiap hari berisiko terkena osteoporosis jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan wanita yang memakannya hanya seminggu sekali. Hodgson dan kumpulan penelitinya mendapati mereka masih mengkaji sejauh mana zat yang terdapat dalam coklat boleh menyumbang kepada kerapuhan tulang.

0 comments:

Post a Comment