Saturday, October 3, 2009

Khamis - 15 Oktober 2009

Latihan Beban Elak Leher Kaku

10.45 pagi

Laporan kajian yang dimuatkan di dalam The American College of Rheumatology menyebut bahawa latihan beban yang dilakukan untuk menguatkan otot di sekitar leher dan bahu selama 20 minit setiap 3 kali seminggu dalam tempoh 10 minggu berjaya mengurangkan rasa sakit di bahagian leher.

Leher terasa nyaman dan selesa lebih lama. Jadi, bagi yang sememangnya bekerja menggunakan komputer selama berjam-jam setiap hari, bolehlah mencuba petua ini untuk mengurangkan rasa sakit di bahagian leher. Penggunaan alatan seperti dumbell memang amat membantu.


Atasi Kulit Berminyak

1.45 tengahari

Bagi wanita yang menjaga kecantikan, kulit berminyak pasti menimbulkan rasa kurang selesa. Atasi masalah ini dengan merendam beras dalam setengah gelas. Sebelum itu, kisar halus daun cermai dan ibu kunyit. Campurkan kesemua bahan2 itu dan sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Petua ini harus diteruskan sekurang-kurangnya seminggu bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Jika sudah menampakkan hasil, usah tinggalkan petua ini sebaliknya lakukan ia seminggu sekali.

0 comments:

Post a Comment