Lupakan Bulu Mata Palsu
Ramai wanita zaman sekarang memilih bulu mata palsu untuk nampak menarik. Cara semulajadi untuk mendapatkan hasil yang sama adalah dengan mengambil lendir pokok lidah buaya. Seeelok-eloknya ambil pada waktu pagi kerana ia lebih segar. Sapukan lendir itu pada bulu mata tetapi berhati-hati supaya tidak memasuki mata. Amalkan petua ini setipa hari selama 3 bulan dan lihatlah hasilnya.
Menghalang Keguguran Rambut
Keguguran rambut sering menghantui ramai wanita. Buat mereka yang berdepan dengan masalah ini, cubalah petua yang diberikan ini. Ambil beberapa helai daun cekur manis dan rendam bersama 2 sudu besar kacang hijau. Setelah kacang hijau kembang, ramaskan bahan2 itu untuk mendapatkan patinya. Sapukan air rendaman itu pada bahagian ubun kepala. Amalkan petua ini beberapa kali dan teruskan mencuba sehingga keguguran rambut tidak lagi terjadi.


0 comments:
Post a Comment