Mengendurkan Urat Timbul di Kaki
Wanita mengandung sering mengalami masalah urat kaki timbul tetapi usah risau kerana ada petua yang mampu mengatasinya. Mulakan dengan mencampurkan asam jawa dengan sedikit air. Gaul sehingga pekat, kemudian sapukan pada bahagian kaki yang bermasalah itu. Lakukan petua ini sebelum tidur dan tinggikan bahagian kaki. Biarkan ia kering sendiri sehingga pagi esoknya. Jika inginkan hasil cepat, lakukan setiap malam dan mudah-mudahan urat kaki akan kembali seperti asal.
Cegah Keguguran Rambut
Rambut ialah tisu paling cepat tumbuh pada tubuh. Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh menyebabkan keguguran rambut. Dalam sehari, 35 meter serat rambut akan dihasilkan. Elakkan penggunaan bahan kimia kerana ia juga punca rambut gugur. Separuh daripada lelaki akan mengalami keguguran rambut apabila usia mencecah usia 50 tahun. Wanita pada usia sama yang telah putus haid juga mengalami masalah yang sama.
Punca keguguran rambut ialah;
- Diet yang teruk
- Faktor hormon
- Masalah tempurung kepala
- Tertekan
- Genetik
- Pengambilan ubat-ubatan
- Putus haid
Khasiat yang diperlukan rambut;
- Zat besi – Zat besi membawa oksigen ke rambut. Tingkatkan pengambilan zat besi dengan mengambil daging merah dan sayuran hijau. Zink pula mencegah kerosakan rambut. Untuk mendapatkan khasiatnya, daging merah dan makanan laut adalah sumber terbaik.
- Air – Bagi memastikan kelembapan rambut terjaga, minum air sekurang-kurangnya 8 gelas setiap hari. Minumlah secara konsisten dan berterusan, bukan ketika haus sahaja. Ia juga dapat mengelakkan tubuh daripada dehidrasi.
- Vitamin – Vitamin A bermanfaat untuk kesihatan kulit kepala. Vitamin B dan C pula penting untuk pertumbuhan dan warna rambut serta peredaran darah. Bukti rambut tidak berkurangan vitamin B ialah apabila rambut tidak kering dan bercabang.
- Protein – Ikan, susu dan telur merupakan sumber protein yang disarankan. Ia mampu menguatkan setiap helaian rambut. Pengambilan protein yang mencukupi akan menjadikan rambut lebih sihat dan cantik. Tidak timbul sebarang masalah terhadap terhadap hujung rambut yang kering dan bercabang.


0 comments:
Post a Comment