10.45 pagi

Bau kaki sebenarnya berpunca daripada peluh. Lebih banyak anda bergerak atau lebih kurang pengudaraan yang diterima kaki anda, lebih tinggilah risiko kaki untuk menerbitkan bau yang tidak enak. Bau ini sebenarnya dihasilkan daripada bakteria yang terkumpul pada kaki. Jika anda sering memakai kasut tertutup ke pejabat, pastikan anda tidak memakainya sepanjang waktu bekerja.
Apabila anda sedang menaip di meja, bukalah kasut dan stokin anda. Kenakan selipar terbuka agar kaki mendapat udara yang baik. Jangan lupa menukar stokin sekurang-kurangnya 3 hari sekali. Sapukan krim yang sesuai untuk menjaga kelembapan dan kesihatan kaki. Semasa mandi pula, jangan lupa menyental kaki anda dengan berus dan sabun yang sesuai. Pastikan celah2 jari anda dibersihkan dengan sempurna dan gosok tumit agar sebarang rekahan tidak terjadi.
Petua Tradisional Menghilangkan Kaki Berbau
1.45 tengahari

Bahan2 yang diperlukan ;
- 225ml susu segar
- 50gm daun pudina
- 6 tangkai daun rosemary
- 6 titik minyak pati berpudina
- 6 titik minyak zaitun asli
Cara2nya;
- Campurkan susu segar dengan semua ramuan herba ke dalam sebuah periuk kecil. Renehkan selama 15 minit.
- Tuangkan larutan susu dan herba ke dalam sebuah besen kecil yang muat untuk anda masukkan kaki.
- Tambahkan air ke dalam larutan tersebut, tidak kira panas atau sejuk. Untuk menambahkan kelembapan ramuan, tuangkan lagi susu segar ke dalamnya.
- Titikkan minyak pati berpudina dan minyak zaitun asli ke dalamnya. Akhir sekali, rendamkan kaki anda dan rasailah kenikmatannya selama mana yang anda mahu. Tidak perlu lakukan di dalam bilik air. Semasa anda sedang duduk menonton TV juga anda boleh melakukannya sambil duduk di sofa.
0 comments:
Post a Comment