10.45 pagi

Masalah ini kadangkala disebabkan oleh keturunan. Ada juga disebabkan oleh gaya hidup dan pekerjaan yang anda lakukan. Masalah ini bertambah buruk jika tubuh kekurangan cecair. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menyapukan jeli petroleum pada seluruh tumit dan kaki yang merekah. Ia membantu melembapkan gejala kulit yang kering dan bersisik. Jika anda memasang pendingin udara di dalam bilik tidur, usahakan untuk memakai stokin setiap kali tidur. Ia mengelakkan kulit terus menjadi kering akibat suhu yang sejuk. Jangan lupa untuk menyapukan jeli petroleum terlebih dahulu demi memastikan lembapan diserap sempurna oleh epidermis. Untuk cara yang mudah, pastikan anda menyental tumit dengan batu pumis yang banyak dijual di butik2 kecantikan. Lakukannya setiap hari. Sesudah itu, sapukan losyen lembut misalnya losyen bayi ke seluruh kaki.
Masalah Cagu
1.45 tengahari
Walaupun mungkin anda tidak pernah terkena cagu, tetapi sekali terkena, sakitnya memang tidak tertahan. Masyarakat melayu lebih gemar menyapu inai pada kawasan cagu ini. Cagu biasanya berpunca daripada pembesaran pembuluh darah pada kaki. Ia terjadi apabila kaki terpaksa menanggun beban tubuh yang berat dalam jangkamasa yang panjang. Antara golongan yang mudah diserang cagu ialah ibu hamil atau mereka yang terbabit dalam bidang sukan. Untuk menghilangkan cagu secara semulajadi, perahkan sedikit air limau pada kuku yang mencengkam kulit. Biar selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yang termasuk ke dalam daging tersebut. Lakukan sebanyak 2 kali sehari dengan menitikkan air limau pada cagu. Lama kelamaan, cagu akan beransur pulih.

0 comments:
Post a Comment