Monday, August 10, 2009

Jumaat - 21 Ogos 2009

Bibir Merah dan Licin
10.45 pagi

Ramai wanita yang inginkan bibir yang cantik tetapi sesetengahnya mempunyai masalah bibir kehitaman dan kering. Atasinya dengan menyapukan madu pada bibir pada setiap malam.


Teknik Mudah Urus Rambut
1.45 tengahari
  • Utnuk lebih mudah diurus, rambut juga memerlukan pelembap. Oleh itu rajin-rajinlah minum air putih. Elakkan diri daripada mengambil kopi, teh, apatah lagi alkohol. Banyakkan pengambilan buah-buahan kerana ia elok untuk mengekalkan lembapan.
  • Usah biarkan diri berada daam tekanan dan tegang. Ia turut memberi kesan negatif kepada rambut. Bagi mengatasinya, bersenamlah jika mempunyai waktu senggang.
  • Minyak bijan boleh membantu merawat rambut kering. Sapukan ia pada seluruh kulit kepala serta rambut, kemudian bungkus dengan kertas aluminium dan balut dengan tuala hangat.
  • Jangan sesekali menyikat rambut ketika masih basah, memadailah sisir dengan menggunakan jari atau sikat bermata jarang. Ini kerana serat rambut mudah gugur atau putus.
  • Di kota metropolitan, kita sering terdedah kepada habuk. Oleh itu, kita digalakkan untuk mencuci rambut setiap hari.
  • Ketika mencuci rambut, jangan menggaru dengan kasar. Ia bukan sahaja menyakitkan bahkan rambut mudah rosak. Belailah rambut dan basuh ia dengan lembut serta berhati-hati.
  • Penggunaan perapi amat penting kerana ia memudahkan rambut untuk diurus dan tidak mudah kusut. Pada masa yang sama, sudah tentulah ia akan membuatkan rambut lebih bersinar dan nampak sihat.
  • Jangan keliru. Sebenarnya perapi hanya boleh disapu pada pertengahan sehingga hujung rambut sahaja. Sebaliknya, jangan menyapunya di kulit kepala, ia akan menyebabkan rambut jadi berminyak.
  • Bagi mendapatkan hasil yang memuaskan, gunakan pengering rambut dengan cara yang betul. Caranya ialah memulakan pengeringan rambut dari bahagian bawah dan kemudian ke atas.
  • Elakkan daripada mencuci setiap hari jika rambut anda kering. Gunakan perapi dan syampu yang kaya kolagen, protein serta lipid. Dengan itu, rambut anda akan lebih mudah diuruskan tanpa banyak masalah.

0 comments:

Post a Comment