10.45pagi

Pucuk jambu batu mempunyai khasiat tersendiri. Antaranya ia boleh menjadikan kulit lebih halus dan awet muda. Caranya ialah dengan mengisarnya dan kemudian sapukan pada muka seperti memakai topeng muka (mask). Bagi mendapatkan hasil yang jelas dan cepat, lakukanlah setiap hari. Bagi yang menghadapi masalah cirit-birit, daunnya pula boleh dimakan selepas diselawatkan.
Melembutkan Rambut Kasar
1.45 tengahari
Rambut yang lembut menjadi idaman setiap wanita namun ada yang kurang bernasib baik mempunyai rambut yang kasar. Jangan putus asa dan cubalah petua ini. Sediakan secekak sayur kangkung dan basuh sehingga bersih. Kemudian masukkan sedikit air suam dan ramas sayur itu sehingga mengeluarkan lendir. Ambil lendir itu dan sapukan pada keseluruhan rambut. Biarkan buat seketika dan kemudian bilas dengan air bersih.

0 comments:
Post a Comment