Wednesday, July 15, 2009

Rabu - 29 Julai 2009

Mata Sihat
10.45 pagiLapisan epidermis di sekitar mata lebih nipis dan sensitif berbanding bahagian kulit yang lain. Untuk mendapatkan kulit yang sekata cerah, jangan lupa sapukan wajah anda dengan krim pelembap malam dan siang dan diikuti dengan sun block pada siang hari. Selain itu, tambahkan eye mask, satu atau 2 kali seminggu dalam rutin kecantikan anda. Lakukan perawatan ini sehingga kulit anda nampak segar dan lebih lembut.


Strawberi & Kecantikan
1.45 tengahari
Umumnya ekstrak dari buah strawberi merupakan bahan yang sangat popular untuk merawat kecantikan. Wanita Perancis gemar melulur badan mereka dengan strawberi yang telah dihancurkan ketika mandi. Hasilnya, kulit menjadi segar bercahaya. Pada abad ke 13, akar, daun dan buah strawberi mula popular digunakan untuk pengubatan tradisional. Buah strawberi menyimpan banyak nutrien yang ternyata baik untuk tubuh. Selain kaya dengan antioksidan, ia juga tinggi kandungan vitamin A, vitamin C, serat, potasium dan rendah kalori. Bahan aktif yang terkandung di dalamnya mampu menanggalkan sel kulit mati sehingga kulit menjadi lembap, sihat dan cerah. Oleh sebab itulah khasiat strawberi sering dijadikan bahan campuran utama untuk produk penjagaan wajah seperti facial.

1 comments:

DJ Mimie said...

Diulangsiar pada hari Rabu, 12 Okt 2011.

Post a Comment