Thursday, July 23, 2009

Khamis - 30 Julai 2009

10 Tips Penjagaan Rambut untuk anda yang bertudung 10.45pagi
Rambut adalah mahkota wanita, tidak kiralah sama ada anda bertudung ataupun tidak. Untuk memastikan rambut anda sentiasa berada dalam keadaan sihat, lakukan tips2 ini;
  • Pilih syampu yang bersesuaian dengan rambut anda. Jika boleh, dapatkan nasihat daripada pakar. Jka anda ingin membeli syampu di farmasi, tanyalah kepada jurujual di situ terlebih dahulu.
  • Jika nada memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dahulu bagi mengatasi masalah kelemumur, rambut berbuah atau rambut berbau.
  • Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri. Jangan menggosok rambut dengan kasar.
  • Untuk mengembalikan kesegaran rambut, sapukan rambut anda dengan santan. Kemudian, balut dengan tuala dan biarkan seketika sebelum dibilas sehingga bersih. Untuk mendapatkan kesan yang terbaik, amalkan kaedah ini seminggu sekali.
  • Sebaiknya sebelum bertudung, rambut perlu disikat agar tidak kusut dan bersimpul. Secara tak langsung, ia akan menggalakkan pengaliran darah di bahagian akar rambut dan kulit kepala.
  • Untuk mendapatkan kesegaran kulit kepala yang optimum, bilas rambut anda dengan menggunakan air sejuk.
  • Untuk menghilangkan melemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan potongan limau purut yang telah dihangatkan. Kemudian bersihkan rambut anda dengan syampu anti kelemumur.
  • Bagi rambut berminyak, pilihlah syampu yang boleh digunakan setiap hari. Antara faktor yang menyebabkan rambut menjadi berminyak ialah ketidakstabilan hormon, stres, cuaca panas dan amalan pemakanan yang tidak seimbang.
  • Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Amalan terlalu kerap menyikat rambut akan menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan merangsang penghasilan minyak berlebihan. Elak menyikat rambut anda dengan kasar. Belailah rambut anda dengan lembut.
  • Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut anda tidak mudah kering dan kusam. Sebaiknya keringkan rambut anda secara semulajadi.

Rambut Berminyak Penyebab Jerawat?
1.45tengahari
Rambut berminyak bukanlah penyebab kepada pengeluaran jerawat di bahagian muka nada, tetapi stail potongan rambut yang menutupi bahagian muka akan menyebabkan pori-pori wajah tersumbat, seterusnya akan menyebabkan penambahan pengeluaran jerawat di beberapa bahagian muka anda. Jadi, hati-hatilah ketika memilih potongan rambut yang sesuai.

1 comments:

DJ Mimie said...

Diulangsiar pada hari Khamis, 27 Oktober 2011.

Post a Comment