10.45 pagi

Penting bagi kita mengetahui jenis kulit kita kerana kesilapan memilih produk penjagaan kulit bakal merosakkan kulit wajah kita yang sensitif. Berhati-hati semasa memilih produk penjagaan kulit. Jangan anda mencuba produk-produk baru secara serentak. Jika anda tidak yakin bagaimana reaksi kulit anda terhadap sesuatu produk, sebaiknya lakukan ujian terhadap kulit terlebih dahulu. Cuba dan tunggu sehingga 24 jam untuk mengetahui sama ada kulit anda bertindak balas terhadap produk tersebut atau tidak. Jika produk itu tidak sesuai dengan kulit wajah anda selalunya kulit wajah akan kemerah-merahan dan ini adalah tanda amaran pertama. Jika kesan tersebut timbul, anda perlu segera menghentikan pemakaian produk tersebut. Sebaiknya, anda perlu lebih berhati-hati terhadap penggunaan produk kosmetik yang berada di pasaran. Jangan memilih kosmetik tersebut berdasarkan harganya yang murah sahaja. Sebaiknya anda harus melihat bahan yang terkandung di dalam produk tersebut juga.
Merokok menghitamkan Bibir
1.45 tengahari
Kebiasaan merokok mampu menyebabkan masalah bibir hitam. Bibir perokok yang mulanya cantik kemerah-merahan boleh bertukar menjadi ungu kehitam-hitaman. Perubahan ini terjadi kerana setiap kali rokok dihisap, panas dari rokok akan mengenai bibir sehingga sel-sel darah merah yang mati tadi akan menghasilkan pigmen, yang kemudiannya akan tertimbun di bibir. Selain itu, setiap hasil pembakaran pada hujung rokok akan menimbulkan karbon, yang juga akan menggelapkan warna bibir. Selain itu juga, penggunaan ubat yang tidak sesuai dan faktor keturunan juga adalah penyebab bibir hitam. Sebenarnya pemilik bibir hitam tidak perlu risau, kerana sekarang ini bibir yang menghitam boleh dimerahkan dengan menggunakan krim, gel atau ubat yang disyorkan oleh pakar perubatan. Bibir yang hitam disebabkan bahan kosmetik atau rokok boleh dipulihkan dengan krim yang mengandungi steroid sehingga warna bibir kembali merah. Steroid mampu mmembantu memerahkan bibir yang menghitam.

1 comments:
Diulangsiar pada hari Jumaat, 28 Oktober 2011
Post a Comment