10.45 pagi
Menjaga kebersihan dan kesihatan mulut tidak sukar. Rajin-rajinlah memberus gigi, namun harus diingatkan, anda harus kerap menukar berus gigi anda. Kebanyakan orang hanya akan menukar berus gigi apabila ia benar-benar rosak. Tahukah anda, berus gigi merupakan salah satu tempat pembiakan kuman paling aktif. Dalam tempoh masa tiga bulan, ada baiknya anda menukar berus gigi anda.Kelebihan Yogurt
1.45 tengahari

Yogurt bukan saja dijadikan pilihan terbaik bagi mereka yang sedang berdiet, bahkan ia juga boleh dijadikan masker untuk wajah. Caranya mudah, anda hanya perlu mencampurkan sebiji avokado yang telah dihancurkan dengan satu sudu teh yogurt. Kemudian, sapukan pada wajah dan leher, biarkan selama 30 minit dan bilas sehingga bersih. Akhir sekali, gosokkan wajah anda dengan ketulan ais dan hasilnya kulit menjadi lebih segar dan bersih.
1 comments:
Diulang siar pada hari Khamis, 13 Oktober 2011.
Post a Comment