Tuesday, April 5, 2011

Rabu - 6 April 2011

10.45 pagi
Kelembapan Bibir
  • Kekurangan air dalam badan disebabkan kurangnya pengambilan air atau mudah berpeluh. Tambahkan kandungan air dalam badan dengan mengamalkan pengambilan 8 hingga 10 gelas air putih setiap hari, makanan yg berkuah dan buah2an yg mengandungi air.
  • Memakai gincu yg boleh mengeringkan bibir contohnya gincu tahan lama dan tiada bahan pelembap. Gunakan pelembap bibir sebanyak 4 hingga 5 kali sehari. Boleh juga memilih untuk mengenakan gincu yg mengandungi agen pelembap.
  • Kebiasaan membasahkan bibir dengan air liur. Untuk makluman, air liur mengandungi enzim yg mampu menghancurkan protein dalam makanan. Membasahkan bibir dengan air liur akan menyebabkan enzim tersebut menghancurkan kulit bibir yg sebahagian besar terdiri daripada protein. Lazimnya, perbuatan membasahkan bibir dengan air liur ini dilakukan di luar sedar. Atas sebab itu, perlu ada kesedaran bahawa perbuatan ini boleh mengundang kesan buruk pada bibir.
  • Memakai pengelupas kulit bibir atau lip scuff. Hentikan dahulu pemakaiannya. Lip Scuff berkesan sepenuhnya pada bibir yg tidak bermasalah, bukan pada biir yg kering.


1.45 tengah hari
Khasiat Roselle
  • Untuk anda yg sering mengalami masalah selsema atau demam panas, roselle sgt baik sebagai pemakanan kesihatan yg utama.
  • Mempunyai vitamin C yg tinggi dan berserta akan memperlambatkan proses penuaan dan mencegah daripada berlakunya penyakit kronik. Salah satu sebab utama seseorang itu mengamalkan roselle adalah untuk kelihatan muda dan wajah berseri.
  • Punca utama terjadinya kanser kerana pendedahan kepada pencemaran udara, makanan dan minuman. Vitamin C dan serta yg tinggi dalam roselle mampu bertindak sebagai antioksidan dan anti kanser.
  • Mengamalkan roselle mambantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan mengelakkan terjadinya penaykit tekanan darah tinggi.
  • Pengambilan roselle bertindak dalam menurunkan suhu dan menpengaruhi mood seseorang. Ia juga amat baik untuk masalah dengkur ketika tidur.
  • Meningkatkan daya tahan tubuh, mengatasi masalah hipertensi, membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C, mencegah peradangan pada saluran kencing, pembentukan batu ginjal dan sebagainya.

0 comments:

Post a Comment